Thursday, November 25, 2010

PENGKISAHAN TUMUNDA BIN YUNGGONIT


Berikut adalah hasil cerita daripada mereka yang pernah ditemu ramah tentang pengkisahan Tumunda Bin Yunggonit , beliau ini adalah berasal daripada Paitan, Beluran, Sandakan lebih kurang 100 tahun dahulu dan boleh berbahasa dalam pelbagai loghat bahasa , mengikut cerita mereka, bahawa beliau berasal dari Nunuk Ragang,Sungai Liwogu, antara Ranau dan Sandakan, beliau adalah suku kaum Tombonuo, bahasa Tombonuo, mereka berpindah randah di Paitan,Tumunda adalah seorang yang sangat disegani kerana keberaniannya, berbadan sederhana besar, ketinggian lebih kurang 5 kaki 5 inci, tegap, berkebal lagi kuat, kacak, pandai berpidato, boleh melompat setinggi 30 kaki, dengan mengamalkan kepercayaan kuno dahulu kala, beliau kerapkali berulang alik ke Tamu di Brunei, sebelum beliau ke sana, beliau akan berfirasat dengan menendang bahagian tajam bujak (LITUKAN) ke arah langit kalau naik melambung dan tidak kelihatan lagi, beliau akan meneruskan perjalanannya, jika bujak itu tidak melambung naik, dia lantas batalkan hasratnya. Firasat yang kedua ialah dengan menggunakan kerisnya . Beliau akan menghiris tangannya. Jika tidak luka barulah beliau akan meneruskan perjalanannya . Di sepanjang perjalanannya ke Tamu di Brunei, beliau hanya singgah dan mencabut pokok-pokok rotan saga secukupnya dengan tidak menggunakan benda tajam dan sebagainya, hanya ditarik mengunakan tangan sambil berjalan. Tujuannya ialah untuk ditukarganti dengan garam dan sebagainya. Setibanya di sebuah pangkalan perahu-perahu layar dahulu kala sedang menunggu lantas beliau memuatkan barang-barang bawaannya dan belayar, di tengah-tengah pelayaran terjumpa penjahat digelar Bolongingi, lanun laut, Shariff-shariff tumpas di tangannya. Perjalanan diteruskan dan begitulah seterus-seterusnya.
Alkisah Tumunda, beliau beristeri ramai di mana-mana kampung di perbukitan, khususnya di sepanjang jalan dari Paitan ke Tamu di Brunei, beliau dikisahkan mempunyai isteri yang ramai di Paitan, suku kaum Tombonuo, Rungus, Sonsogon, dan Kimaragang malahan beristerikan seorang anak Shariff (suku kaum Brunei) (tiada anak) cerita nyata ramai keturunannya di setiap suku kaum dari Beluran, Paitan ke Tandek, Kota Marudu. Menyentuh kisah isteri-isterinya di suku kaum Kimaragang dengan asal usul mereka adalah Sonsogon, mengikut nama sungai sahaja dan petempatan mereka khususnya di sepanjang Sungai Bengkoka jelas masih ada sungai tersebut cuma kayu kayan sahaja tidak kelihatan lagi. Ramai isteri Tumunda dan keturunannya di merata-rata tempat di kawasan Tandek sekarang dan mencari pendapatan dari segi ekonomi dan pendidikan. Generasi Tumunda telah berkembang dan sekarang jumlah keturunannya ialah 6 keturunan, yang jelas dipaparkan seperti berikut:-
TUMUNDA BIN YUNGGONIT
Anak pertama-Osong (p), suaminya bernama Balaban;
Anak-anaknya 1.Sungiab 2.Maganda 3.Inggong 4.Lungkee 5.Rungaying
Anak kedua-Udowoy (p), suaminya bernama Marawan
Anak-anaknya 1.Rudiying@Andut 2.Masanda
Anak ketiga-Odoyo (p), suaminya bernama Jaini
Anak-anaknya 1.Pamadsu 2.Yopiyi
Anak keempat-Impayan (p), suaminya bernama Lindungan
Anak-anaknya 1.Omiyi 2.Sumisih 3.Unggut 4.Koris 5.Kondok 6.Inaun 7.Ayeh 8.Andung
Anak kelima-Okolow (p), suaminya bernama Lungkibon
Anakanaknya 1.Inapai 2. Yundaying
Anak keenam-Ponggoron (L), isterinya bernamaInoying & Kokiban
Anak-anaknya 1.Masabun 2.Injawan 3.Utit 4.Uriying 5.Onilik 6.Jamari 7.Uyien 8.Gorotom
Anak Ketujuh- Arani@Lungkodon (L), isterinya bernamaUrimbot
Anak-anaknya 1.Rosinding 2.Uriyim 3.Majun 4.Jainah 5.Bayan 6.Undirin
Anak kelapan-Pamantug@Suduk (L), isterinya bernama Suraying
Anak-anak 1.Uliyim 2.Yoyog 3.Paduka 4.Simpungon 5.Yabi 6,Simbunon 7.Simbungon
Sahadan, alkisah Tumunda dengan memaparkan nama anak-anak dan cucu-cucunya diharap anda dengan sendirinya memperbetulkan nama-nama mereka kerana didapati tidak tersusun mengikut urutan, lebih-lebih lagi nama isteri-isteri Tumunda dari Paitan ke Tandek, Kota Marudu, tidak diketahui nama-nama mereka,dan nama-nama bin/binti isteri/suami anak-anakTumunda juga tidak di ketahui, maka dengan itu pandai-pandailah bertanyakan namanya, adalah dicadangkan supaya suatu ahli jawatankuasa yang bijak pandai ditubuhkan dengan membukukan cerita pengkisahan ini dengan menjual wajib sesama sendiri, hasilnya dijadikan Dana Tumunda , projek jangka panjang mesti menubuhkan YAYASAN TUMUNDA,dan membuat lawatan sambil mengutip pengkisahan di Paitan, Beluran dan seterusnya di Nunuk Ragang sana, sekian dan terima kasih.

20 comments:

Ladykiller said...

Hai Uncle... terima kasih atas informasi ini, sekurang kurangnya kami tahu tentang kisah Tumunda dan terus terang saya juga baru saja mula buat kajian dan entry data tentang generasi terdahulu saya dan saya mulakan dari sebelah bapa walaupun ringkas, dan saya bercadang selepas saya siap sebelah bapa saya akan buat sebelah mama pula dan info ini mungkin membantu saya akan datang walau pun saya buat secara ringkas tapi semua tu demi perkongsian dan pengetahuan bersama saudara mara dan terutama sekali generasi yang muda dari saya sebab ramai yang saya tidak kenal, sekali lagi terima kasih dan teruskan bercerita... :-)

Albert Adun said...

tahniah.mesti ada 1 ahlijawatankuasa bijak pandai untuk menjalankan tujuan murni ini.

Eyan KL said...

hello uncle! satu permulaan yg baik untuk memperkenalkan sejarah salasilah keluarga kita. Kalau suda complete boleh dibukukan.

Allminnie A.Sawayan said...

Fantastic...great job to uncle,aunt and those yang involve..Terima kasih informasi yang sangat bagus dan berguna for the next generation. Diharapkan impian untuk mendapatkan Yayasan tumunda mendapat pengiktirafan...amin..

Albert Adun said...

sesiapa yang membuat komen saranan saya hendak lah di anggap mereka di sah dan diterima menjadi sebagai AhlI Jawatankuasa kesemua badan yang akan di tubuhkan nanti,di harap anda semua setuju.Encik Matlunad agok,Penulung P3egawai Daearah,sekarang ini.Sila jumpa beiau sebaik-baik aja membaca blog ini.

albert adun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
albert adun said...

Dahulukala ada arahan dari Aki Tumunda mesti kawin sesama turunan kononnya jangan adik beradik aja lah,supaya harta tak kemana, bukti yang nyata ada orang kawin sampai delapan isteri beliau kawin ramai yang bukan satu turunan, hanya ramai isteri aja.Te...tapi, sekarang jangan buat dan cuba cuba khawin ramai, isteri pertama tak mahu, kata orang si suami pergi ada majlis biasa pun kena cari sudah, inikan kawin ramai? Lain cerita lah kalau KAYA,Jutawan! Sekarang ini hanya cerita aja lah!!!Semua orang mahu berlumba-lumba cari pendapatan dan kasi sekolah anak-anak aja.Ini ruangan lelaki main-main aja!Tapi ini cerita benar!Itu dulu kan? Lain cara sekarang, pintar lelaki "TUAH AYAM BOLEH DI LIHAT, TUAH MANUSIA SIAPA TAHU"? Jangan marah,ya!

GC. Robert said...

Tahniah Pinsan...berjaya membuka lembaran perkenalan...semoga misi kita tercapai secepatnya.

Anak jati, anak watan
bukan badan sembarang badan
badan dari penuh bermakna....

Tumunda said...

GC Robert,perkenalkan keturunan mu, ramai yg ingin tau.

Yg Panas! said...

Kalau sudah berjaya di bukukan sejarah keluarga ini, kasitau saya laju2..mau juga tahu salasilah Tumunda kita

Yoyoku beti... said...

Timbul satu kemuskilan..sedangpun kewujudan Tumunda 2000 tahun dahulu,sedangkan Tumunda baru tiga generasi iaitu cicitnya yang saya tahu en,majinau bin injawan..jika ia benar,bererti generasi ketiga sudah berumur ratusan tahun..tolong jelaskan secara terperinci lagi...

Tumunda said...

Dah kena ubah, maaaf ya.dan buku2 jikalau dah siap hantar tempat ADO Matlunad segera dan bincnag dia.

Tumunda said...

MAKLUMAN SAHAJA, Tentang pengunaan nama PANGLIMA TUMUNDA dalam IC saya ADA dan dah pun saya beritahu makhluk hslus penguna nama asal bahawa saya, (SATU MINGGU PENGUNAAN nama tersebut) terpakasa menguna nama tersebut setelah diPAKSA berbuat demikian, se-ekor kerbau besar di guna pakai masa itu.Ini hanya maluman kepada Sakag AKI Tumunda sahaja.Sekian, terima kasih kepada semua.

Unknown said...

saya pun keturunan Aki Tumunda juga..dari anak yang kesembilan aki Pamantug..

keroro said...

Terima kasih atas perkongsian. Atuk saya ialah Baudi bin Unggut bin Lindungan

keroro said...
This comment has been removed by the author.
Tumunda said...

Setekat kini belum ada lapuran dari AJK yang di lantik walau apa macam pum kita beri masa kepada mereka, idea berkemundang Tumunda berasal dari Kg Lubang Buaya, Paitan; Beluran.

Unknown said...

Kita bepinsan

Mashari bin suhari said...

Terbaik

Anonymous said...

isai ngaran di aki banar diri?